happyy!!!!!

happyy!!!!!

Wednesday, February 24, 2010


ini suatu yang kutulis sebelum tamat sekolah menengah. Ianya berkisar seorang pelajar perempuan yang amat kugemari. Tetapi, kerana aku ini penakut dalam hal menyapa perempuan, aku tidak mencuba apa-apa. Kecuali sajak ini (selepas disunting sedikit). Agak murahan, tetapi itu sahaja yang aku mampu.

Kau tatapanku
Sinar berkabus di wajahmu
Menikam sanubariku

Tidakkah kau tahu
Betapa terpaut aku padamu
pada perilakumu
pada kejelitaanmu

Kau purnama nan terang
Antara bebintang berkerdipan

Ah, bisakah kuperluahkan
Perasaan ini padamu

Masakan!
Siapalah dapat kupersalahkan
Kerana aku tak kuasa menyapa

Biar sahajalah aku seorang
Bertepuk sebelah tangan

No comments:

Post a Comment